KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI PENGGUNAAN ICT SEKOLAH SMK TUN MUTAHIR 1.0 PENDAHULUAN Bersesuaian dengan keperluan semasa, penggunaan ICT di peringkat sekolah semakin dipandang serius oleh pihak sekolah yang diterajui oleh tuan pengetua. Hal ini juga bersesuaian dengan semangat inovasi yang ditiupkan oleh beliau sebagai peneraju sekolah disamping menepati aspirasi yang terdapat dalam visi sekolah iaitu “SMK TUN MUTAHIR SEKOLAH BERDAYA SAING ” NEGERI MELAKA MENJELANG 2015. 2.0 RASIONAL Untuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P guru di peringkat sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan “Inovasi” pihak sekolah.
Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan seruan “INOVASI” ini. Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru, pihak pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya kalangan guru dan pelajar SMK Tun Mutahir. 3.0 TEMA “ Transformasi ICT ” 4.0 MATLAMAT 4.1 Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi. 4.2 Membina laman web/portal yang canggih. 4.3 Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang sesuai dengan dunia ICT. 4.4 Warga Tun Mutahir lebih senang mengakses internet dengan wireless dipasang ke setiap pelusuk sekolah kelak. 4.5 Pelajar-pelajar lebih berminat datang ke sekolah.