Anggota kumpulan Hijjaz, Munif Ahmad mengakui keadaan industri muzik tempatan ketika ini yang agak suram, menyebabkan mereka terpaksa menutup studio dan fokus pada komitmen masing-masing. Jelasnya, kali terakhir Hijjaz menghasilkan album penuh adalah pada tahun 2012 tetapi mereka masih menerima jemputan mengadakan persembahan sehingga kini. 'Sudah terlalu lama Hijjaz tidak mempunyai album penuh. Hanya pada tahun 2012, lagu 'killer song' ada pada zaman itu tetapi selepas itu tiada lagi,' katanya kepada Astro Gempak. Tambahnya, Hijjaz memang mempunyai hasrat menghasilkan single baru selepas populariti mereka kembali ketika menyertai program Gema Gegar Vaganza (GGV) pada tahun lalu. 'Apabila masuk GGV, peminat baru terdiri daripada golongan muda mula kenal Hijjaz. Walaupun kami dah lama tapi mereka baru kenal kami.